Tapai merupakan salah satu minuman tradisi suku kaum Dusun.Selain tapai, terdapat minuman tradisi lain seperti lihing, montoku,Bahar, kenupi dan Tumpung.
Masyarakat suku kaum Tabilung( salah satu suku kaum sub_KadazanDusun) yang tinggal di kawasan utara sabah khusus nya kawasan pertengahan antara pekan Kota Belud dan Kota Marudu
iaitu bermula dari kampung Manggaris(KB) himgga lah ke Kampung Langkon(KM), Sangat terkenal dengan minuman tradisi yang di kenali KOMBOS atau Tapai.
Di sesetengah tempat seperti Kampung Dudar, Sarang dan Taburan, Minuman KOMBOS ini di perbuat daripada beras, kadang kala menggunakan jagung yang di katakan lebih 'KICK" rasanya daripada beras. Minuman ini sangat kuat, dan amat memabukkan. Orang luar yang tidak pernah mencuba minuman ini terutama sekali Orang putih, hanya perlu meminum 3 gelas dan mereka akan mabuk. Minuman ini tidak mengendungi gas seperti beer tetapi mirip kepada minuman wain yang terkenal di kalangan orang barat.
Selama saya hidup bersama dengan suku kaum Tabilung ( Penulis sendiri asli Tabilung), saya mendapati mereka sangat suka dengan KOMBOS ini. Mereka sanggup minum siang malam,pagi dan petang samapai mereka mabuk.Ramai yang mengatakan bahawa sukau kaum dusun tabilung sangat kuat minum.kenyataan mereka itu memang benar, Malah lebih teruk dari apa yang mereka kata.
Sebenarnya generasi muda sekarang ini masih membawa tradisi meminum KOMBOS tanpa batasan dari datuk mereka. Orang kata orang putih lebih kuat minum.Saya rasa kenyataan ini salah. Saya sudah bergaul dengan orang putih selama berpuluh tahun, dan saya tidak pernah jumpa orang putih yang minum sampai berak dan kencing. Tetapi di kampung saya, Orang kampung miunm KOMBOS sampai berak,kencing malah ada yang tidur berbantalkan tahi. Tidak cukup dengan itu, selepas sedar dari KOGUTAN, mereka sambung lagi hingga lah LUPING kering kontang.Belum cukup lagi tu, Mereka cari lagi bahar yang senaang sekali di jumpai di kampung saya. Harga satu tajau Rm 10.00, Semantara Bahar pula RM 1.00 satu botol itulah harga KOMBOS dan BAHAR di kampung saya.
Seorang pengusaha Bahar di kampung saya memperolehi RM 3000.00 sebulan, jumlah pokok kelapa yang di usahakan beliau adalah sebanyak 20 pokok.Itu baru pendapatan di kampung belum lagi yang di hantar ke Kampung Timbang Manggaris.lumayan oooo.Tapi pada orang yang membeli bahar dengan dia, berhati-hati lah ,pasal ada sumber yang mengatakan bahawa prengusaha bahar itu mencampurkan air dan gula dalam minuman tersebut. Saya bukan mahu tutup periuk nasi dia, Tapi ini satu kenyataan, Namun hakikatnya ramai sudah yang tahu tapi masih lagi mahu mammbeli kerana Bahar itu sedap bah...
Kepada anak-anak muda, kurang kurang kan lah minum,
Friday, February 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
hehehhe... memang kecenderungan cikgu ni "memang setakat tapai saja" - , cikgu tau dari A to Z tentang tapai, tetapi cikgu tak tau kenapa mereka buat begitu... cikgu patut baca buku antropologi kalau nak tau kenapa mereka / suku kaum cikgu tu buat macam tu...
so , kena belajar, kita tak boleh cakap lepas begitu saja..., cikgu patut bersyukur sb tak ramai SUKU KAUM CIKGU tu TERLIBAT DGN DADAH YG LEBIH DAHSYAT kesannya....
Tapai memang memudaratkan diri sama seperti Dadah.
Minum tapai itu boleh menyebabkan banyak perkara berlaku spt:
1 Kes rogol( termasuklah anak sendiri
2 Penceraian
3 bergaduh
4 Membunuh
5 Kemalangan jalan raya
6 Berhutang
Jadi, Mari kita ramai-ramai hilangkan budaya yang tidak elok biar pun sukar untuk melakukannya.
Boleh minum cuma kurang-kurangai la, Saya setuju dengan pendapat BORNEOKUKU
Tapai itu sedap bah...cuma satu perisitwa di mana mak dan ayah bercerai kerana minum tapai setiap hari akibatnya mereka bergaduh apabila mabuk.
kami anak2 jadi sasaran, saya tidak dapat bersekolah dengan baik
Sekarang saya tidak minum tapai..minum pun setakat segelas cukuplah...
Dan saya akan mem,bimbing anak2 saya agar tidak minum minuman tapai ataupun minuman keras yang lain...
Saya ada belajar antropologi juga, Di mana sewaktu di UMS, Mereka memberi saya subjek itu kerana saya tidak layak untuk pengkhususan lain (Walaupun layak lain di minta lain di beri), Tetapi kes Tapai ini perlukan satu perubahan iaitu generasi muda perlu sedar bahawa meminum tapai yang berlebihan memudaratkan diri.
Hanya orang yang ketagih minuman ini yang tidak mahu berhenti, namun jauh dari sudut hati, mereka tidak mahu anak mereka mewarisi budaya mereka.
Buku ANTROPOLOGI bagus, namun terpulang kepada kita bagaimana kita mengguna dan mengurus masyarakat kita sendiri sejajar dengan pembangunan yang pesat.
Apakah kita mahu masayarakat kita sama seperti dulu ataupun berubah?
Tepuk dada tanya lah diri
Kombos...sia rasa majoriti org tabilung pandai buat kombos..even my grandma seorang pengusaha kombos yang yang aktif..uncle saya pula pengusaha bahar yang kini mendapat perhatian sampai baharnya dieksport sampai ke KK..hehe..kadang kala saya sedih bila alasan anak jati tabilung mengatakan mereka suka minum becoz it's in their blood..itu cuma alasan semata2..adik beradik saya sorang pun tiada yang minum,walaupun turun temurun kami ni pembuat kombos/bahar/tapai...
kombos, goribon, saya rasa, tidak salah jika kita minum minuman tradisi ini cuma minum dengan cara yang lebih matang, maksud saya, minum segelas dua kira ok sudah. jika minum sampai mangampai (tak sedarkan diri)memang amat memudaratkanlah.saya dibesarkan dari keluarga yang buat tapai, kombos, goribon, tapi saya tidaklah minum minuman ini dengan aktive sebab saya memang tidakl sukakan minuman ini.
memang salah jika Orang Dusun/tobilung mengatakan yang yang minum/mabuk ini dakam blood suda sebab ini semua dari diri sendiri juga.
tetapi bila di bandingkan dengan penagihan Dadah, lebih baik minum Goribon sebab minuman ini bebas dari unsur2 yang boleh menyebabkan Kanser dan kesan yang lebih teruk
Post a Comment